Arsip Blog

Selasa, 03 September 2013

buat kau yang jauh di sana

kau muncul dalam mimpi- mimpiku tapi tak berkata atau terluah sepatah pun ayat hanya senyuman dari bibirmu. seulas senyuman yang bisa membuatkan hatiku tenang pabila terjaga kau muncul dalam mimpi- mimpiku bergurau manja. masih aku ingat lagi bila kau muncul dalam mimpi lewat dan tika pada hari malam itu berbaju melayu bersongkok segak.ku kira seperti menyambut lebaran ku tahu kehadiranmu dalam mimpi ku. seakan mahu menangis pabila ku gagal mencarimu walau dalam mimpiku lalu aku bertanya bonda dimana dikau bonda menjawab persoalan aku "dia disana" aku tak kenal pelakon pelakon tambahan dalam mimpiku yang aku tahu dan kenal dikau bonda dan aku kau datang padaku.. kau peluk daku.. aku membalas pelukanmu dengan erat kau kucup mesra dahiku..berkali-kali kau kucup dahiku dengan mesra sepi tanpa sepatah bicara. aku takkan lupakan semua itu walau dalam mimpi. namun semua itu takkan jadi kenyataan tersedar dari mimpi.bibir menguntum senyuman terima kasih hadir dalam mimpi berharap agar dapat bertemu di syurga kelak. berharap itu bukan yang terakhir kau datang menjenguk adinda kamu di sini tanggal 6 mei 2011, di pusaramu hnya sayup-sayup bacaan yassin aku mampu hadiahkan pada ulangtahun hari lahirmu yang ke 22

Tidak ada komentar:

Posting Komentar